Cari:
Dasar Perdagangan Calon Presiden Jejas Ekonomi AS
2016-09-20 13:46:15 Agensi Berita Xinhua China Cetak

Dasar perdagangan yang disarankan dua calon Presiden Amerika Syarikat (AS), Donald Trump dan Hillary Clinton mungkin akan menjejaskan ekonomi AS.

Rumusan tersebut dinyatakan dalam satu laporan yang dikeluarkan Institut ekonomi Antarabangsa Peter G. Peterson, kumpulan pemikir AS yang terkenal.

Pengarah institut itu, Adam Posen dalam mukadimah laporan itu berkata, dasar perdagangan Hillary, yang menentang Perjanjian Perkongsian Trans-Pasifik (TPP) dan proses globalisasi ekonomi, akan merencatkan pertumbuhan ekonomi AS.

Manakala, dasar Donald Trump pula menuntut untuk melancarkan perang perdagangan, selain melindungi kepentingan pihak-pihak tertentu yang tidak kompetitif.

Kaedah pengurusan ekonomi seumpama itu boleh dianggap sebagai bencana kepada ekonomi dan keselamatan negara.

 

Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China