Cari:
Jepun Tidak Peka Isu Laut China Selatan
2016-09-20 13:49:15 Agensi Berita Xinhua China Cetak

Negara-negara serantau bersetuju untuk menangani isu Laut China Selatan melalui pendekatan dwitrek. Namun, Jepun masih tidak peka atau sengaja tidak mahu memberikan perhatian tentang perkara tersebut.

Demikian kata jurucakap Kementerian Luar China, Lu Kang sebagai membalas kenyataan Menteri Pertahanan Jepun, Tomomi Inada di Washington bahawa Jepun menyokong operasi kebebasan pelayaran yang dilaksanakan Amerika Syarikat (AS) di Laut China Selatan dan akan meningkatkan penglibatan dalam isu berkenaan.

Lu berkata, Jepun berniat untuk mengganggu situasi di Laut China Selatan dengan "bertopengkan masyarakat antarabangsa", di samping menimbulkan pelbagai spekulasi dan memujuk negara lain untuk memberikan sokongan kepada mereka.

Tegas jurucakap itu, Jepun akan terus tersingkir sekiranya masih berdegil dan mengambil tindakan yang membelakangi persepakatan dan kepentingan negara serantau.   

 

Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China