Cari:
Ban Ki-moon Ditemui Li Keqiang
2016-09-20 16:57:15 CRI Cetak

Perdana Menteri China, Li Keqiang mengadakan pertemuan dengan Setiausaha Agung PBB, Ban Ki-moon di New York semalam.

Li, dalam pertemuan itu berkata, tahun ini merupakan tahun pertama pelaksanaan Agenda Pembangunan Mampan 2030 dan Perjanjian Paris mengenai perubahan iklim.

Sebagai negara membangun terbesar di dunia, China bersedia untuk bekerjasama dengan semua pihak dalam memikul tanggungjawab bagi memastikan tadbir urus global terus diperkasakan dan dibaiki, di samping berusaha tanpa henti bagi mewujudkan situasi menang-menang dan saling berkongsi dengan pelbagai negara.

Ban pula menyampaikan penghargaan pihaknya atas sumbangan besar China dalam usaha menangani perubahan iklim, menggalakkan pembangunan mampan, kerjasama Selatan-Selatan dan misi pengaman PBB.

Menurut beliau, PBB bersedia untuk merapatkan kerjasama dengan China dalam usaha menangani cabaran demi mendorong kedamaian dan pembangunan dunia.

Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China