Cari:
Zaman Keemasan Hubungan Dua Hala China-Britain
2016-09-20 17:11:33 Agensi Berita Xinhua China Cetak

China dan Britain memiliki keperluan dan asas yang kukuh untuk mendorong hubungan dua hala mencapai "zaman keemasan".

Demikian dinyatakan Menteri Luar China, Wang Yi dalam pertemuan dengan Setiausaha Luar Britain, Boris Johnson di New York semalam.

Wang berkata, China amat mementingkan pengaruh Britain dalam hal ehwal antarabangsa dan menyanjung tinggi usaha negara itu untuk mengekalkan dasar perdagangan yang bebas dan terbuka.

China bersedia untuk meningkatkan sinergi pembangunan dengan Britain serta memperkasakan interaksi sosiobudaya agar kerjasama dua hala tersebut dapat membuahkan hasil yang membanggakan.

Boris Johnson pula menyatakan bahawa pihaknya gembira melihat hubungan dengan China terus berkembang maju dalam suasana baharu, serta yakin kerjasama dua hala yang telah lama terjalin itu akan terus utuh.

Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China