Cari:
Laporan Kerja Kerajaan Thailand Ulangi Strategi 4.0
2016-09-20 14:46:59 Agensi Berita Xinhua China Cetak
Perdana Menteri Thailand, Prayuth Chan-o-cha bersama-sama dengan enam Timbalan Perdana Menteri negara itu mengeluarkan laporan kerja kerajaan di Bangkok baru-baru ini. Prayuth ketika membentangkan laporan tersebut menyatakan bahawa kerajaan berjaya memulihkan imej negara Thailand yang dikenali sebagai "negara senyum" dalam tempoh dua tahun pentadbirannya.

Dalam sidang kali ini, keenam-enam Timbalan Perdana Menteri, termasuklah Gen. Prawit Wongsuwan, Tanasak Patimapragorn, Prajin Janthong, Vishanu Krua Ngam dan Somkid Jatusripitak masing-masing merumuskan kejayaan dan hasil yang telah dicapai dalam tempoh dua tahun yang lalu dari segi pertahanan dan keselamatan negara, pelancongan dan sukan, perubatan dan pembangunan masyarakat, pendidikan dan sumber tenaga, undang-undang serta ekonomi dan diplomasi.

Ketika membentangkan laporan kerja kerajaan, beberapa timbalan perdana menteri menyatakan perasaan marah terhadap media barat kerana menyifatkan Thailand sebagai sebuah "negara gagal". Namun begitu, pada masa yang sama, mereka juga mengakui pergolakan situasi politik pada tahun-tahun kebelakangan ini membawa kesan negatif kepada Thailand.

Timbalan Perdana Menteri, Vishanu Krua Ngam yang bertanggungjawab terhadap urusan perundangan berkata, sebelum pemerintahan kerajaan penggal ini, disebabkan ketidakstabilan situasi politik, parlimen negara ini terpaksa dibubarkan, pegawai-pegawai tidak mempercayai antara salu sama lain, rakyat tidak mematuhi dan tidak menghormati undang-undang, bahkan tidak percaya kerajaan dapat melindungi rakyat. Namun dalam tempoh dua tahun yang lalu, kerajaan penggal ini memulihkan maruah undang-undang dan keadilan masyarakat dengan mengeluarkan 187 buah akta yang baharu.

Timbalan Perdana Menteri, Somkid Jatusripitak yang bertanggungjawab atas urusan ekonomi dan diplomasi menitikberatkan betapa pentingnya pelaksanaan pembaharuan ekonomi dan penaiktarafan pembinaan infrastruktur di Thailand. Pada pandangan Somkid, infrastruktur Thailand masih ketinggalan zaman, taraf pendidikan menurun dan gejala tidak saksama masih wujud dalam kalangan masyarakat. Beliau turut menyeru kerajaan agar melaksanakan pembaharuan ekonomi dan inovasi dengan lebih efisien. Somkid dalam laporannya menegaskan bahawa Thailand akan berusha mengembangkan pembinaan infrastruktur, meneroka pembinaan Zon Ekonomi Eksklusif (EEZ) di kawasan sempadan serta pembinaan koridor ekonomi di kawasan timur negara ini.

Perdana Menteri Prayuth ketika mengulangi lagi "strategi 4.0" dalam laporan kerja kerajaan menyatakan bahawa strategi ini selaras dengan model dan hala tuju perkembangan yang dilaksanakan di Thailand pada ketika ini. Strategi tersebut mengesyorkan agar memainkan peranan inovasi dalam kegiatan ekonomi, menggalakkan transformasi penanaman pertanian daripada model tradisional Thailand kepada model pertanian cerdas, serta transformasi perusahaan kecil dan sederhana (PKS) menjadi PKS cerdas, selain sektor perkhidmatan dinaik taraf sebagai sektor perkhidmatan yang mempunyai nilai tambahan yang tinggi.

Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China