Cari:
Game of Thrones Raih 12 Trofi Anugerah Emmy
2016-09-20 15:26:17 Agensi Berita Xinhua China Cetak

Siri epik fantasi, Game of Thrones mengulangi sejarah tahun lalu apabila mempertahankan trofi Drama Terbaik pada Anugerah Emmy ke-68 di Microsoft Theater, Los Angeles, Amerika Syarikat (AS) pada 19 September lalu.

Siri terbitan HBO itu mengekalkan momentum apabila terus menyerlah dengan 12 trofi termasuk tiga kategori utama menjadikan produksi terbabit memperoleh anugerah terbanyak sepanjang sejarah penganjuran anugerah itu sejak tahun 1949.

Setakat ini, Game of Thrones sudah mengumpul 38 trofi anugerah berkenaan.

Pada Anugerah Emmy 2016, karya George RR Martin yang mengangkat kisah pengkhianatan golongan bangsawan dalam usaha merebut takhta Iron Throne itu, tercalon dalam 23 kategori.

Senarai pemenang Anugerah Emmy 2016

Drama: Game of Thrones (HBO)

Pengarah Drama: Miguel Sapochnik - The Game of Thrones (episod Battle of the Bastards)

Pelakon Lelaki Drama: Rami Malek (The Mr Robot)

Pelakon Wanita Drama: Tatiana Maslany (The Orphan Black)

Pelakon Pembantu Lelaki Drama: Ben Mendelsohn (The Bloodline)

Pelakon Pembantu Wanita Drama: Maggie Smith (Downtown Abbey)

(Sumber: Berita Harian Online Malaysia)

Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China