Cari:
Li Keqiang: China Sedia Pikul Tanggungjawab dalam Tangani Isu Pelarian dan Imigran
2016-09-20 13:46:07 CRI Cetak

China sebagai negara membangun yang besar bersedia memikul tanggungjawab setimpal dengan kemampuan sendiri dan akan mengambil langkah-langkah kemanusiaan di samping berunding secara aktif dengan institusi antarabangsa berkenaan dan negara membangun untuk menjalankan kerjasama tiga pihak dalam menangani isu pelarian dan imigran. Demikian dinyatakan Perdana Menteri China, Li Keqiang ketika berucap dalam Mesyuarat Peringkat Tinggi Bagi Menangani Penghijrahan Pelarian dan Imigran Berskala Besar sempena Perhimpunan Agung Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu ke-71 di New York pada sebelah pagi semalam waktu tempatan.

Sejak tahun ini, isu penghijrahan pelarian dan imigran beramai-ramai menyukarkan pelbagai negara bukan sahaja menjadi tumpuan antarabangsa, tetapi juga menjadi fokus perbincangan Perhimpuan Agung PBB ke-71. Perdana Menteri China, Li Keqiang dalam ucapan beliau menyatakan bahawa penyelesaikan isu pelarian dan imigran perlu mempertimbangkan isu sejarah dan keadaan pelbagai negara sendiri supaya pelbagai pihak memikul tanggungjawab masing-masing. Pejabat Pesuruhjaya Tinggi PBB untuk Pelarian(UNCHR) dan pertubuhan imigran antarabangsa diharap memainkan peranaan penyelarasan dengan sepenuhnya, manakala negara sumber pelarian dan imigran pula perlu berusaha untuk menyelesaikan masalah ini.

Li Keqiang menyatakan bahawa tugas yang mendesak adalah untuk mengumpul dana dan barangan untuk menjamin pemenuhan kehidupan asas pelarian, di samping memperluas laluan imigrasi yang sah, membanteras kegiatan memperdagangkan manusia dan keganasan. Li menganggap bahawa peperangan, konflik dan kemiskinan merupakan punca utama yang mengakibatkan masalah pelarian. Pihak-pihak yang terlibat perlu menyelesaikan persengketaan melalui dialog. Masyarakat antarabangsa juga perlu menasihatkan pihak-pihak tersebut agar mengadakan rundingan damai, memelihara pertumbuhan inklusif, menggalakkan perpaduan dan kestabilan masyarakat.

Li Keqiang menegaskan bahawa China sentiasa memberikan perhatian dan mengambil bahagian dengan aktif dalam usaha menyelesaikan isu pelarian dan imigran. China bersedia menghulurkan bantuan meskipun masih mengalami kesukaran pada masa dahulu. Ekonomi China telah mencapai perkembangan yang pesat pada masa ini, namun China tetap merupakan sebuah negara membangun dan China akan terus memikul tanggungjawab yang setimpal dengan kemampuan sendiri dalam menyelesaikan isu tersebut. Ini adalah tindakan bersifat moral.

Li Keqiang berharap masyarakat antarabangsa mencapai kata sepakat dan memberi sumbangan untuk menyelesaikan isu pelarian dan imigran dengan seawal mungkin.

Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China