Kesukaran yang dihadapi sesetengah syarikat asing serta penurunan keuntungan mereka dalam perniagaan di China bukan bermakna suasana pelaburan di negara ini bertambah buruk.
Demikian dinyatakan jurucakap Kementerian Perdagangan China, Shen Danyang semalam.
Menurut beliau, terdapat syarikat asing yang menghadapi kesukaran menjalankan perniagaan di China kerana kurang berpotensi, selain persaingan yang semakin sengit dalam pasaran.
Tambah beliau, pelaburan asing di China meningkat 4.5 peratus dalam tempoh lapan bulan pertama tahun ini.
China antara negara membangun yang menarik pelaburan asing paling banyak selama 24 tahun berturut-turut.