Cari:
China Teladan Pembangunan Mampan
2016-09-21 15:16:12 Agensi Berita Xinhua China Cetak

Pembangunan mampan merupakan penyelesaian asas bagi pelbagai isu global dan perlu dijayakan dengan tindakan yang realistik dan praktikal.

Demikian dinyatakan Perdana Menteri China, Li Keqiang semasa mempengerusikan mesyuarat meja bulat mengenai Agenda Pembangunan Mampan 2030 di ibu pejabat PBB, New York Isnin lalu.

Sehubungan dengan itu, masyarakat antarabangsa berpendapat bahawa China telah memainkan peranan sebagai teladan dalam pelaksanaan Agenda Pembangunan Mampan 2030, di samping menyuntik dorongan yang kuat kepada pembangunan dunia.

Presiden Bank Dunia, Kim Jim-yong berkata, China telah berjaya menyelesaikan masalah kemiskinan yang dihadapi lebih 600 juta rakyat dalam tempoh 30 tahun lalu.

Kejayaan itu tidak pernah dicapai oleh mana-mana negara lain di dunia.

Bank Dunia mengalu-alukan China menambah pelaburan dalam teknologi hijau, selain mewujudkan pemacu baharu untuk menjana pertumbuhan ekonomi.

Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China