Cari:
PM Li Temui Tokoh-Tokoh AS
2016-09-21 15:17:04 Agensi Berita Xinhua China Cetak

Perdana Menteri China, Li Keqiang mengadakan pertemuan dengan tokoh-tokoh dari pelbagai golongan dan lapisan masyarakat di New York semalam, antaranya lingkungan ahli kewangan serta kumpulan pemikir dan pihak media.

Li dalam pertemuan itu berkata, hubungan politik dan ekonomi yang utuh dan stabil antara China dan Amerika Syarikat (AS) bukan sahaja selaras dengan kepentingan asas rakyat kedua-dua negara, malah bermanfaat bagi kedamaian, pembangunan dan kemakmuran dunia.

Walaupun terdapat percanggahan antara kedua-dua pihak ekoran perbezaan dari segi latar belakang budaya dan keadaan negara, namun perkembangan hubungan dua hala tetap menjadi keutamaan.

Tambah beliau lagi, China akan terus meningkatkan tahap keterbukaan kepada dunia luar, di samping menggalakkan desentralisasi dan meningkatkan perlindungan hak harta intelek bagi menyediakan persekitaran perniagaan yang lebih mudah dan selesa kepada syarikat asing.

Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China