Cari:
China, Perancis Intensifkan Kerjasama
2016-09-21 17:14:57 Agensi Berita Xinhua China Cetak

Perdana Menteri China, Li Keqiang mengadakan pertemuan dengan Presiden Perancis, Francois Hollande di New York petang semalam.

Li, dalam pertemuan itu menyatakan kesediaan China untuk memperkasakan kerjasama dengan Perancis dalam pelbagai bidang, antaranya termasuklah penerbangan, janakuasa elektrik dan kerjasama pasaran pihak ketiga.

Beliau juga berharap agar kedua-dua negara dapat mengintensifkan kerjasama dan koordinasi dalam hal ehwal antarabangsa demi kedamaian dan pembangunan dunia.

Francois Hollande pula berkata, Perancis menganggap China sebagai rakan seperjuangan yang baik dan berkeyakinan penuh dengan prospek ekonomi China.

Perancis berhasrat untuk memperkasakan kerjasama dengan China dalam bidang tenaga nuklear, pertanian, kewangan dan pelancongan.

Beliau juga menyanjung tinggi sumbangan China dalam usaha menangani perubahan iklim sejagat

Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China