Cari:
Keadaan Perlindungan Tembok Besar China Diperbaiki
2016-09-21 15:17:06 Agensi Berita Xinhua China Cetak
20 September merupakan ulang tahun ke-10 pengeluaran Peraturan Perlindungan Tembok Besar China. Siri aktiviti turut diadakan di 15 buah provinsi dan bandar sepanjang Tembok Besar, termasuklah provinsi Hebei dan Mongolia Dalam untuk meningkatkan kesedaran masyarakat terhadap perlingdungan Tembok Besar.   

Tembok Besar merupakan tapak warisan budaya yang berskala paling besar di dunia. Kerja melindungi dan membaiki Tembok Besar yang dianggap sebagai bangunan mercu tanda China, sentiasa menjadi fokus perhatian umum. Peratuaran Perlindungan Tembok Besar China yang dikeluarkan pada tahun 2006 merupakan satu-satunya dokumen undang-undang peringkat negara yang bertujuan untuk melindungi tapak warisan budaya di dunia pada masa ini.

Naib Ketua Pengarah Pentadbiran Warisan Budaya Negara (SACH) China, Gu Yucai ketika menerima wawancara khas Radio Antarabangsa China (CRI) menyatakan bahawa keadaan pengurusan dan perlindungan Tembok Besar telah diperbaiki pada keseluruhannya sejak Peraturan itu dikeluarkan pada 10 tahun yang lalu. Beliau berkata,

"Dalam tempoh sepuluh tahun yang lalau, SACH telah meminta jabatan di pelbagai provinsi dan bandar yang terlibat menjalankan projek perlindungan Tembok Besar, termasuklah menetapkan rancangan pembaikpulih, di samping meningkatkan siasatan dan menjatuhkan hukuman lebih keras terhadap mereka yang merosakkan Tembok Besar."

Pada masa yang sama, Gu juga mengakui kerja perlindungan Tembok Besar masih berdepan dengan pelbagai masalah pada ketika ini, antaranya termasuklah kerosakan yang disebabkan faktor semula jadi yang semakin menjadi-jadi dan kegiatan pembinasa yang sukar dihalang secara keseluruhan. Memandangkan tapak warisan budaya yang berskala besar ini melibatkan kawasan di 15 buah provinsi dan bandar, kerja perlindungan dan pengurusan Tembok Besar masih tidak mengcukupi.

Gu mendedahkan bahaw SACH sedang mengatur agar menggubal rancangan komprehensif perlindungan Tembok Besar. Pentadbirannya akan menjalankan kerja baik pulih terhadap bahagian utama Tembok Besar di samping meningkatkan pengurusan terhadap bahagian Tembok Besar yang tidak dijalankan kerja baik pulih dan masih belum terbuka kepada kalangan rakyat. Serentak itu, mereka juga akan menarik penglibatan masyarakat dalam kerja perlindungan Tembok Besar pada masa depan.

Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China