Cari:
Li Keqiang Pengerusikan Simposium Agenda Pembangunan Mampan 2030
2016-09-21 14:46:50 CRI Cetak

Perdana Menteri China, Li Keqiang telah mempengerusikan dan menyampaikan ucapan dalam simposium mengenai Agenda Pembangunan Mampan 2030 di ibu pejabat Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (PBB) di New York petang kelmarin waktu tempatan.

Dalam ucapannya, Li Keqiang menyatakan bahawa Sidang Kemuncak Pembangunan PBB telah meluluskan Membaharui Dunia Kita-Agenda Pembangunan Mampan 2030 pada setahun yang lalu. Presiden China, Xi Jinping telah menyatakan kesediaan dan keazaman China yang berganding bahu dengan pelbagai negara untuk menjayakan agenda itu kepada masyarakat antarabangsa. China juga membuat komitmen untuk melaksanakan agenda itu dengan aktif pada Sidang Kemuncak Kumpulan 20 yang diadakan di Hangzhou China tidak lama dulu.

Li Keqiang menganggap bahawa pelbagai negara perlu menjadikan pembasmian kemiskinan dan kebuluran sebagai tugas utama, di samping menggalakkan ekonomi berkembang dengan pesat, mampan, seimbang dan inklusif agar ekonomi, masyarakat dan alam sekitar dapat bergerak dalam kitaran yang baik sehingga mewujudkan pembangunan yang mampan, yakni ekonomi yang makmur, masyarakat yang maju dan alam sekitar yang indah.

Li Keqiang menegaskan bahawa usaha memperkukuh hubungan rakan pembangunan sejagat dan berpimpinan tangan menggalakkan pembangunan mampan bukan sahaja merupakan akhlak dan tanggungjawab masyarakat antarabangsa, malah juga akan meningkatkan tahap pembangunan global secara menyeluruh. Beliau berharap negara maju menunaikan janji bantuan dan menyokong negara membangun mencari kaedah pembangunan yang bersesuaian dengan keadaan negara sendiri. Serentak itu, negara membangun perlu memperkasakan Kerjasama Selatan-Selatan.

Li Keqiang menyatakan bahawa China telah mengesahkan dan bakal mengeluarkan Rancangan China untuk Melaksanakan Agenda Pembangunan Mampan 2030 untuk memberi panduan kepada kerja-kerja berkenaan. Sebagai sebuah negara membangun yang bertanggungjawab, China bersedia menyertai kerjasama anatarabangsa berkenaan, menambah peruntukan dalam Kerjasama Selatan-Selatan, berkongsi pengalaman dan peluang pembangunan bagi berkembang bersama-sama dengan masyarakat antarabangsa.

Dalam simposium tersebut, Setiausaha Agung PBB, Ban Ki-moon, Presiden Perhimpunan Agung PBB ke-71, Peter Thomsen, Ketua Program Pembangunan PBB (UNDP), Helen Clark, Pengarah Eksekutif Program Alam Sekitar PBB (UNEP), Erik Solheim, Ketua Pengarah Pertubuhan Makanan dan Pertanian PBB (FAO), Jose Graziano da Silva, Ketua Pengarah Organisasi Pendidikan, Keilmuan, dan Kebudayaan PBB (UNESCO), Irina Bokova, Presiden Bank Dunia, Jim Yong, Ketua Pengarah Pertubuhan Perdagangan Dunia (WTO), Roberto Azevedo, Pengarah Urusan Tabung Kewangan Antarabangsa (IMF), Christine Lagarde dan Ketua Pengarah Pertubuhan Kesihatan Dunia, Dr Margaret Chan masing-masing menyampaikan ucapan yang menganggap pelaksanaan agenda itu telah mencapai kemajuan yang menggalakkan dan pelbagai pertubuhan antarabangsa bersedia meningkatkan kerjasama dengan China untuk mewujudkan pembangunan mampan di China dan negara lain.

Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China