Cari:
China Sedia Bekerjasama Tangani Perubahan Iklim
2016-09-22 17:10:02 Agensi Berita Xinhua China Cetak

China mengalu-alukan lebih banyak negara menyertai Perjanjian Paris bagi memastikan perjanjian tersebut dapat dikuatkuasakan secepat mungkin.

Demikian dinyatakan jurucakap Kementerian Luar China, Lu Kang di Beijing hari ini.

Menyentuh kenyataan Setiausaha Agung PBB, Ban Ki-moon yang memaklumkan bahawa Perjanjian Paris telah pun diratifikasi oleh 60 buah negara, Lu Kang berkata, perubahan iklim merupakan cabaran bersama yang perlu dihadapi oleh semua manusia, di samping perlu ditangani melalui kerjasama antarabangsa.

Selaku negara membangun terbesar yang bertanggungjawab, China bersedia untuk menyertai kerjasama pelbagai hala dalam menangani perubahan iklim dan memberi sumbangan positif demi mendorong pelaksanaan perjanjian tersebut.

Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China