Cari:
China-ASEAN Naik Taraf Kerjasama Pendidikan
2016-09-22 15:14:38 Agensi Berita Xinhua China Cetak
Simposium Kerjasama dan Keterbukaan Pendidikan China(Guangxi)-ASEAN telah diadakan di bandar Nanning, Guangxi pada 21 September lalu.

Simposium kali ini turut dihadiri oleh hampir 200 perwakilan dari 69 buah sekolah bahasa Manfarin dan institut pengajaran bahasa Mandarin dari sembilan negara termasuklah Thailand, Myanmar, Indonesia, Laos dan Kemboja serta jabatan hal-ehwal perantau China dan jabatan pendidikan dari 28 buah bandar dan provinsi China.

Semakin banyak syarikat dan perusahaan China di seberang laut mencari bakat asing yang fasih bertutur bahasa Mandarin pada tahun-tahun kebelakangan ini, khususnya setalah inisiatif "Jalur & Laluan" (B&R) dikemukakan. Manakala, ramai warga asing pula rajin belajar bahasa Mandarin agar merebut peluang perkembangan yang lebih baik. Oleh yang demikian, pembelajaran bahasa Mandarin telah mencetuskan fenomina di seluruh dunia. Hal ini turut menuntut pihak-pihak berkenaan meningkatkan taraf pengajaran bahasa Mandarin.

Pihak berkuasa China sedang mengambil langkah-langkah yang proaktif untuk meningkatkan taraf pengajaran bahasa Mandarin di seberang laut pada ketika ini.

Naib Ketua Pengarah Bahagian Kebudayaan Jabatan Hal-Ehwal Orang Cina Dewan Negara China, Tang Cuiying memaklumkan bahawa pihaknya mengambil pelbagai tindakan untuk mendorong perkembangan kerjaya pengajaran dan pendidikan bahasa Mandarin di seberang laut, antaranya termasuklah menghantar guru-guru untuk mengajar bahasa Mandarin di sekolah negara lain, menawarkan peluang kepada remaja orang berketurunan China untuk menghayati kebudayaan di China, di samping mengundang guru-guru negara lain untuk mengikuti kursus pengajaran bahasa Mandarin di China, dan usaha mereka telah membuahkan hasil yang memuaskan.

Menurut maklumat Jabatan Hal-Ehwal Orang Cina Dewan Negara China, China merancang memilih dan menghantar 1,100 orang guru ke lebih 260 buah sekolah Cina di 27 buah negara pada tahun 2016.

Setakat tahun 2015, program pertukaran pelajar antara China dan ASEAN telah melibatkan lebih 190 ribu orang, antaranya jumlah pelajar China yang melanjutkan pelajaran di negara anggota ASEAN telah melebihi 120 ribu orang, manakala, jumlah pelajar negara ASEAN yang melanjutkan pelajaran di China mencatat lebih 72 ribu orang. Dalam pada itu, jumlah pelajar kedua-dua pihak yang menyertai program ini dijangka akan mencecah 100 ribu menjelang tahun 2020.

Wilayah Autonomi Zhuang Guangxi, China telah menjadi antara salah satu pilihan utama bagi pelajar dari negara ASEAN untuk melanjutkan pelajaran di China.

Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China