Cari:
Li Keqiang Tegaskan Kewibawaan PBB Mesti Dipelihara
2016-09-22 15:24:18 CRI Cetak

Perdana Menteri China, Li Keqiang ketika berucap dalam perbahasan umum bagi Perhimpunan Agung Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (PBB) ke-71 pagi semalam menegaskan bahawa sistem antarabangsa yang berteraskan PBB dan norma hubungan antarabangsa yang berdasarkan Piagam PBB mesti dipelihara dengan tegas. Serentak dengan itu, beliau menyeru masyarakat antarabangsa agar komited kepada pembangunan bagi menyelesaikan isu yang bersifat asas dan menyelesaikan konflik melalui dialog politik.

Li Keqiang menyatakan bahawa mengekalkan keamanan di dunia selama lebih 70 tahun bukan perkara yang mudah. Pelbagai negara perlu melaksanakan peraturan dan prinsip Piagam PBB dengan bersungguh-sungguh di samping menyokong PBB dan Majlis Keselamatan PBB memainkan peranan utama dalam urusan antarabangsa.

Tahun ini merupakan ulang tahun ke-45 pemulihan kedudukan China yang sah dalam PBB. Masyarkat antarabangsa menganggap bahawa China adalah antara penerima keuntungan daripada sistem antarabangsa pasca Perang Dunia Kedua yang berdasarkan Piagam PBB dan juga pemelihara PBB yag teguh.

Selain itu, tahun ini adalah tahun pertama bagi masyarakat antarabangsa melaksanakan Agenda Pembangunan Mampan 2030. Perhimpunan Agung PBB kali ini bertemakan "Matlamat Pembangunan Mampan: Membaharui Dunia Kita dengan Usaha Sama". Li Keqiang dalam ucapannya sekali lagi membentangkan pandangan kerajaan China tentang pembangunan mampan. Menurut beliau, asas bagi pembangunan mampan adalah perkembangan, serentak itu pembangunan itu mesti dilaksanakan secara berlestari.

Ketika membicarakan tentang isu ekonomi makro, Li Keqiang menyatakan bahawa ekonomi sejagat sedang menghadapi masalah permintaan kurang cukup tinggi dan pertentangan struktur juga amat menonjol. Beliau menyeru kerajaan pelbagai negara mengambil langkah-langkah untuk mengamalkan dan menyelaras dasar jangka pendek dengan dasar jangka panjang, bukan sahaja menaruh perhatian terhadap pengurusan permintaan, tetapi juga terhadap pembaharuan struktur pembekal sampingan.

Ketika menyebut tentang trend yang membelakangi globalisasi dan kegiatan perlindungan perdagangan dalam proses pemulihan ekonomi sejagat, Li Keqiang menyeru pelbagai negara menggalakkan globalisasi ekonomi. Serentak itu, beliau menegaskan bahawa masyarakat antarabangsa perlu memberikan lebih banyak perhatian dan sokongan kepada Afrika dan negara yang paling mundur, membantu mereka mempercepat proses pengindustrian, menjamin keselamatan makanan, membasmi kemiskinan dan kebuluran agar lebih ramai orang dapat menjaga martabat dan maruah diri dalam kehidupan seharian. Serentak itu, beliau mengesyorkan institusi masyarakat antarabangsa menggunakan sumber yang baharu bertambah untuk membantu negara membangun terlebih dahulu, manakala negara maju perlu menunaikan janji bantuan mereka.

Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China