Cari:
UNSC Lulus Resolusi Hadapi Ancaman Keganasan Penerbangan Awam
2016-09-23 14:30:50 CRI Cetak

Majlis Keselamatan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNSC) semalam meluluskan resolusi yang menggesa pelbagai negara meningkatkan piawaian dan tindakan keselamatan serta mengeratkan kerjasama maklumat, kehakiman dan teknologi bagi menghadapi ancaman keganasan yang menyasarkan penerbangan awam.

Menurut resolusi tersebut, kumpulan pengganas menyasarkan penerbangan awam dengan niat untuk menyebabkan kematian dan kerugian ekonomi yang besar serta memutuskan hubungan pelbagai negara.

UNSC memberikan perhatian dan mengecam serangan pengganas yang menyasarkan penerbangan awam.

Naib Wakil Tetap China ke PBB, Wu Haitao, yang berucap setelah resolusi tersebut diluluskan, menyatakan bahawa China selaku anggota penting dalam barisan antikeganasan antarabangsa, akan terus menggalakkan kerjasama antikeganasan bilateral dan multilateral berdasarkan undang-undang berkenaan dan konvensyen antarabangsa, di samping terus meningkatkan keselamatan penerbangan awam domestik dan bekerjasama dengan masyarakat antarabangsa dalam usaha membanteras pengganas dan menjamin keselamatan penerbangan awam.

Pertubuhan Penerbangan Awam Antarabangsa (ICAO) juga menyatakan bahawa pihaknya akan menetapkan rancangan keselamatan penerbangan global yang baharu dalam tempoh tiga tahun akan datang dengan melibatkan pelbagai pihak dalam satu rangka strategik bagi bersama-sama meningkatkan keselamatan penerbangan awam.

Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China