Cari:
Wang Yi: Selesaikan Isu Syria Secara Damai
2016-09-23 14:24:29 CRI Cetak

Menteri Luar China, Wang Yi telah menghadiri mesyuarat peringkat tinggi Majlis Keselamatan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNSC) mengenai isu Syria pada 21 September lalu.

Ketika berucap dalam mesyuarat itu, Wang Yi berkata, isu Syria dan peperangan di Asia Barat dan Afrika Utara telah berlarutan selama lima tahun.

Konflik tersebut bukan sahaja membawa kesengsaraan kepada rakyat di rantau itu, malah keamanan dan keselamatan dunia turut menerima tempias.

Pihak-pihak yang terlibat sepatutnya mengurangkan perselisihan, mencari jalan penyelesaian melalui rundingan, memainkan peranan utama PBB dan UNSC, di samping mengambil sikap dan pendirian yang adil dan objektif.

Tegas beliau, resolusi UNSC mengenai isu Syria khususnya resolusi 2254 perlu dilaksanakan dengan bersungguh-sungguh bagi mendorong gencatan senjata, rundingan politik, bantuan kemanusiaan dan usaha sama dalam memerangi keganasan dapat dilakukan dengan serentak.

China sebagai anggota tetap UNSC akan terus memainkan peranan dan memikul tanggungjawab dalam menggalakkan proses damai di Asia Barat.

Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China