Cari:
China, Kanada Kembangkan Hubungan ke Tahap Baharu
2016-09-23 15:15:45 CRI Cetak

Perdana Menteri China, Li Keqiang dan rakan sejawatnya dari Kanada, Justin Trudeau menyifatkan rundingan bilateral kedua-dua pihak sebagai positif, berhasil dan berkesan, selepas mengadakan rundingan di bangunan Parlimen, Ottawa semalam waktu tempatan.

Li berkata, mekanisme dialog tahunan perdana menteri China-Kanada yang dilancarkan secara rasmi dalam tempoh lawatan beliau mencerminkan hubungan kedua-dua negara sedang berkembang ke tahap baharu.

China dan Kanada mempunyai kepentingan bersama yang luas dan asas kerjasama yang baik.

Perkembangan hubungan dua hala selaras dengan kepentingan asas rakyat kedua-dua negara, dan juga bermanfaat bagi keamanan, kestabilan dan kemakmuran dunia.

Tegas beliau, China dan Kanada lebih mengutamakan kepentingan bersama daripada perselisihan.

Kedua-dua pihak perlu saling menghormati bagi memastikan hubungan bilateral dapat terus berkembang dengan sihat dan stabil.

Trudeau pula berkata, pertemuan kedua-dua pihak kali ini telah membuahkan hasil yang memberangsangkan.

Kanada dan China akan terus memperkasakan kerjasama pragmatik dan hubungan perdagangan dengan penuh keikhlasan serta menyelesaikan perselisihan secara baik.

Usaha tersebut bukan sahaja menguntungkan rakyat kedua-dua negara, malah menjadi contoh bagi perkembangan perdagangan yang sihat.

Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China