Cari:
Ekonomi dan Pelancongan Asia Tenggara Terjejas Akibat Penularan Wabak Zika
2016-09-23 15:17:41 Agensi Berita Xinhua China Cetak
Indonesia dan negara di Asia Tenggara yang lain masing-masing meningkatakan amaran kesihatan awam untuk mencegah dan mengawal penularan wabak virus Zika berikutan peningkatan kes jangkitan virus Zika di Singapura dan Thailand sejak memasuki musim hujan pada bulan Ogos lalu. Ancaman virus Zika turut mencetuskan kebimbangan di kalangan rakyat pelbagai negara di rantau Asia Tenggara.

Penularan wabak virus Zika di Singapura adalah paling serius. Seramai lebih 330 orang disahkan dijangkiti virus Zika sejak kes pertama dikesan pada 27 Ogos di negara ini. Manakala, penularan wabak di Thailand juga dianggap tidak optimistik. Menurut statistik Kementerian Kesihatan Thailand, lebih 200 kes jangkitan virus Zika telah dilaporkan di 16 provinsi daripada 76 provinsi di seluruh negara. Dalam pada itu, Pusat Pencegahan dan Kawalan Penyakit Eropah (ECDC) telah mengeluarkan amaran peringkat merah terhadap keadaan kesihatan di Thailand.

Samri, bekas pegawai Organisasi Kesihatan Sedunia (WHO) yang bertanggungjawab atas urusan di rantau Asia Tenggara menggesa kerajaan Thailand memberi lebih banyak maklumat mengenai penularan wabak virus Zika kepada masyarakat antarabangsa. Namun, seorang pegawai kanan Kementerian Kesihatan Thailand yang enggan namanya dilaporkan menjelaskan bahawa peningkatan kes jangkitan virus Zika boleh dikatakan semakin stabil pada ketika ini. Maklumat berkenaan amat sensitif kerana beberapa provinsi bimbang akan industri pelancongan terjejas. Pihak Thailand tidak ingin menimbulkan ketegangan yang keterlaluan di kalangan rakyatnya dan pelancong asing. Pada masa yang sama, Malaysia, Vietnam dan Filipina juga memberi laporan tentang kes jangkitan virus Zika di negara sendiri.

Kini, penularan wabak virus Zika telah menggangu pertukaran ekonomi dan perdagangan serta kakitangan di rantau ini. Kementerian Luar Indonesia menuntut Duta Besar Indonesia ke Singapura melaporkan secara fleksibel perkembangan penularan wabak yang terkini kepada kerajaan Indonesia. Kerajaannya turut mengingatkan rakyat Indonesia yang merancang melancong ke Singapura membatalkan atau menunda perjalanan mereka.

Penularan wabak virus Zika dijangka akan memberi impak negatif kepada ekonomi Indonesia. Pegawai Jabatan Pelancongan Provinsi Riau berkata, 99% daripada 2 juta pelancong asing datang ke Indonesia melalui Pulau Batam dari Singapura. Penularan wabak itu akan mengakibatkan matlamat yang menarik 2.6 juta pelancong asing ke Indonesia tidak dapat direalisasikan pada tahun ini. Terdapat hanya 970 ribu orang pelancong asing mengunjungi Indonesia dalam separuh pertama tahun ini.

Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China