Cari:
Ekspo Pelancongan Antarabangsa Sichuan ke-3 Dirasmikan di Leshan
2016-09-23 13:55:34 CRI Cetak

Ekspo Pelancongan Antarabangsa Sichuan (SCITE) ke-3 membuka tirainya di Emeishan, bandar Leshan, provinsi Sichuan pada 23 September.

Ekspo kali ini turut disertai oleh syarikat-syarikat pelancongan dari 42 buah negara dan kawasan di dunia, antaranya termasuklah Amerika Syarikat (AS), Jerman, Peranics, Malaysia, Jepun dan Korea Selatan, 14 provinsi, bandar dan wilayah di China, serta 20 bandar di provinsi Sichuan.

Balai pameran Norway

Balai pameran Jerman

Pameran, urus niaga dan forum merupakan tiga sesi utama bagi ekspo kali ini. Di samping itu, lapan aktiviti utama turut akan diadakan, termasuklah majlis perasmian, Forum Emei, Persidangan Agensi Pelancongan Asia-Pasifik, minggu promosi negara tetamu dan bandar tema, upacara perasmian Persekutuan Keusahawanan Pelancongan Barat Daya, aktiviti menghayati pakej pelancongan provinsi Sichuan, majlis penandatanganan projek pelancongan Sichuan, dan majlis pelancaran jualan dan pemasaran global pelancongan Leshan.

bandar Leshan menunjukkan kepesonaan kepada pengunjung

Balai pameran provinsi Hunan, China

Selain aktiviti-aktiviti tersebut, Festival Mendaki Gunung Antarabangsa Gunung Emei 2016 dan Festival Muzik Kuil Buddha Gunung Emei juga akan diadakan sempena SCITE kali ini.

SCITE telah berjaya diadakan dua kali sejak tahun 2014. Berbanding dengan dua ekspo yang lalu, SCITE kali ini mempunyai empat ciri, iaitu platform kerjasama lebih pelbagai, tema ekspo lebih istimewa, siri aktiviti yang berwarna-warni, pameran dan jualan digabungkan dengan lebih efisien.

Pakar industri pelancongan menyatakan bahawa melalui SCITE, Sichuan lebih proaktif memanfaatkan strategi negara, seperti inisiatif "Jalur dan Laluan" (B&R) dan koridor ekonomi Sungai Yangtze, memperluas ruang dan bidang yang baharu dalam usaha untuk menggalakkan perkembangan industri pelancongan provinsi ini.

Balai pameran Malaysia

Pada masa yang sama, 21 buah bandar dan daerah autonomi di seluruh Sichuan juga mengambil peluang dalam SCITE untuk membentuk satu persekutuan pelancongan, di samping meningkatkan hubungan dan interaksi dengan bandar-bandar di luar negara yang terlibat dalam inisiatif B&R. Mereka bekerjasama mengeluarkan siri pakej dan produk pelancongan yang berkualiti tinggi dan mempunyai keistimewaan B&R demi mewujudkan pembangunan bersama dalam sektor pelancongan.

Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China