Cari:
Pelaburan Langsung Ke Luar Negara China 2015 Lonjak ke Tempat Kedua Dunia
2016-09-23 15:48:24 CRI Cetak

Komunike Statistik Pelaburan Langsung Ke Luar Negara China 2015 dikeluarkan di Beijing semalam. Menurut dokumen itu, jumlah pelaburan langsung China ke luar negeri pada tahun itu melonjak ke tempat kedua di dunia, yang mencipta rekod baharu dalam sejarah, sekali gus mewujudkan pengeksportan bersih modal. Selain itu, menurut perkenalan pegawai Kementerian Perdagangan China berkenaan, sumbangan syarikat China terhadap negara yang dilaburkannya semakin meningkat dalam bidang cukai dan menyediakan peluang pekerjaan.

Komunike tersebut menunjukkan bahawa pemulihan ekonomi dunia pada tahun 2015 masih lemah, tetapi pelaburan langsung asing di seluruh dunia meningkat, pelaburan itu mencipta rekod baharu sejak tahun 2011. Antaranya, pelaburan langsung China ke luar negeri meningkat pesat dalam tempoh 13 tahun secara berturut-turut dan mencatat USD 145.67 bilion pada tahun 2015, kuota yang dimiliki daripada jumlah keseluruhan dunia juga meningkat dari 0.4% pada tahun 2002 ke 9.9%.

Ketika membicarakan mengenai punca yang menyebabkan peningkatan pelaburan langsung China ke luar negeri yang begitu pesat, naib perunding perdagangan antarabangsa Kementerian Perdagangan China, Zhang Xiangchen menganggap bahawa selain daripada permintaan pasaran antarabangsa, juga termasuk peningkatan kemampuan dan keperluan perkembangan syarikat China.

Menurut Komunike itu, destinasi pelaburan China pada tahun 2015 meliputi Hong Kong, Belanda, kepulauan Cayman, kepulauan Virgin milik Britain dan Kepulauan Bermuda dengan jumlahnya mencatat USD 116.44 bilion, iaitu hampir 80% daripada jumlah pelaburan langsung asing pada tahun itu. Pelaburan itu merangkumi semua sektor ekonomi nasional.

Menurut penganalisisan Zhang Xiangchen, ciri-ciri pelaburan langsung China ke luar negeri meliputi, pertama, aliran pelaburan China ke luar negeri pada tahun 2015 melonjak ke tempat kedua di dunia, yang melebihi pelaburan asing yang diterima China dalam tempoh yang sama, sekali gus mewujudkan pengeksportan bersih modal. Kedua, simpanan pelaburan langsung China ke luar negeri menduduki tempat kelapan di dunia dan skop aset syarikat China di negara lain melebih USD 4 trilion. Ketiga, semakin banyak pelaburan China ke luar negeri bagi tujuan penggabungan dan pengambilalihan. Kelima, pelaburan China itu melibatkan pelbagai bidang, langkah kerjasama dalam bidang kapasiti pengeluaran dan pembuatan mesin antarabangsa dipercepat. Keenam, syarikat China memberi sumbangan semakin besar dalam bidang cukai dan menyediakan peluang pekerjaan kepada negara yang dilaburkannya bagi mewujudkan situasi menang-menang.

Menurut dokumen itu, syarikat China di luar negara telah membayar cukai kepada negara berkenaan sebanyak USD 31.19 bilion pada tahun 2015 yang meningkat 62.9% berbanding tahun 2014, selain itu, mengupah 1.23 juta pekerja asing yang meningkat 392 ribu orang berbanding penghujung tahun 2014.

Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China