Cari:
Lawatan Li Keqiang ke Kanada Amat Berjaya
2016-09-24 14:49:10 CRI Cetak

Menteri Luar China, Wang Yi telah menemui rakan sejawatnya dari Kanada,Stphane Dion di Montreal petang semalam.

Wang Yi menyatakan bahawa lawatan Perdana Menteri, Li Keqiang ke Kanada amat berjaya. Sebelum ini, Perdana Menteri Kanada pernah mengadakan lawatan ke China pada masa tidak sampai sebulan yang lalu. Kedua-dua lawatan itu telah mengeluarkan isyarat yang agak positif dengan tercapainya 29 buah hasil yang penting yang tersenarai dalam Pengumuman Bersama yang dikeluarkan kedua-dua pihak.

Wang Yi berharap hubungan China-Kanada dapat berkembang pesat sehingga mendahului semula hubungan China dengan negara barat yang lain. Kedua-dua pihak diharap melaksanakan dengan baik hasil lawatan kali ini, memelihara dan memperhebat kerjasama yang saling menguntungkan, terutamanya berusaha supaya persepakatan yang dicapai pemimpin kedua-dua negara dijadikan sebagai hasrat bersama dan tindakan selaras pelbagai kalangan masyarakat kedua-dua negara di samping mengawal dan menangani isu negatif.

Dion bersetuju dengan pandangan Wang Yi tersebut dan menganggap bahawa Perdana Menteri Li Keqiang dalam tempoh lawatannya telah berulang kali mengeluarkan isyarat yang positif demi memperdalam kerjasama kedua-dua pihak. Dengan rancangan pengembangan hubungan bilateral yang telah ditetapkan, kedua-dua pihak akan berusaha melaksanakannya agar memastikan hubungan Kanada-China dapat berkembang dengan stabil dan sinambung.

Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China