Cari:
China Alu-alukan Pelaburan daripada Quebec
2016-09-24 14:53:54 CRI Cetak

Perdana Menteri China, Li Keqiang telah menemui Philippe Couillard, Gabenor provinsi Quebec, Kanada di Montreal petang semalam.

Li keqiang menyatakan bahawa kerjasama di peringkat daerah merupakan komponen penting dalam hubungan China-Kanada. Provinsi Quebec mempunyai kedudukan yang penting dan istimewa di Kanada, dan sentiasa mendahului tempat yang lain dalam kerjasama dengan China. Beijing dan Ottawa telah bersepakat untuk melancarkan penyelidikan tentang pembinaan kawasan perdagangan bebas. Kami mengalu-alukan Quebec memainkan peranan yang aktif dalam usaha itu.

Dalam pada itu, kerajaan China sudi menyambut kedatangan syarikat Quebec melabur di China, dan juga menggalakkan syarikat China yang berkemampuan memilih bekerjasama dengan Quebec agar memberikan sumbang baharu kepada perkembangan hubungan kedua-dua negara.

Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China