Cari:
PM Li Mulakan Lawatan ke Cuba
2016-09-25 14:46:58 CRI Cetak

Perdana Menteri China, Li Keqiang atas undangan Presiden Majlis Negara Cuba merangkap Pengerusi Persidangan Menteri, Raúl Castro, mengadakan lawatan rasmi ke negara itu sebaik saja tiba di Havana petang semalam.

Timbalan Presiden Majlis Negara Cuba merangkap Timbalan Pengerusi Persidangan Menteri, Mario Diaz-Canel Bermudez menyambat kedatangan PM Li di Lapangan Terbang Antarabangsa José Martí.

Li berkata, ini merupakan kali pertama Perdana Menteri China mengadakan lawatan rasmi ke Cuba dalam tempoh 56 tahun selepas terjalinnya hubungan diplomatik China-Cuba. China komited memperdalam persahabatan tradisional dengan Cuba, mempergiat kerjasama pragmatik, merapatkan interaksi sosiobudaya demi menggalakkan perkembangan hubungan dua hala melonjak ke tahap yang lebih tinggi.

Dalam rangka lawatan kali ini, PM Li akan mengadakan rundingan dengan Presiden Raúl Castro, menziarahi Pak Fidel Castro, dan menghadiri kegiatan pertukaran sosiobudaya dan persahabatan China-Cuba.

Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China