Cari:
Perincian Antikeganasan Menjangkau Komuniti
2016-09-26 15:05:21 CRI Cetak

Kerajaan Singapura kelmarin secara rasmi mengumumkan Kempen Perlindungan Keluarga bagi menjamin keselamatan setiap penduduk. Sebagai tindakan kecemasan antikeganasan yang menyasarkan komuniti dan taman perumahan di seluruh negara, Kempen tersebut merupakan sebahagian yang penting dalam pelaksanaan rancangan antikeganasan Singapura dan juga merupakan tindakan yang terkini untuk menentang keganasan dan memelihara kestabilan masyarakat.

Perdana Menteri Singapura, Lee Hsien Loong telah menghadiri majlis perasmian berkenaan. Menurut Kempen itu, kerajaan akan menjamin terdapat sekurang-kurangnya seorang dalam setiap keluarga mampu mengenalpasti individu atau perkara yang dicurigai, membuat tindak balas yang tepat apabila menghadapi serangan keganasan atau kejadian kecemasan supaya dapat menjamin keselamatan sendiri dan keluarganya. Selain itu, kerajaan akan meningkatkan usaha dalam menawarkan latihan Bantuan Pernafasan (CPR) kepada rakyat. Dari segi perkakasan, kerajaan akan menjamin bahawa setiap bangunan kediaman dapat dilengkapi dengan peranti defibrilator automatik menjelang tahun 2019.

Lee menyatakan, Singapura sesungguhnya menghadapi ancaman keganasan. Pihak kerajaan telah membuat persiapan yang baik, dan rakyat tidak perlu panik, malah berani memilih menghadapi ancaman keganasan. Dalam usaha antikeganasan, rakyat Singapura perlu memainkan peranan penting. Beliau menyeru semua rakyat dapat bersama-sama menghadapi kebarangkalian berlakunya peristiwa kecemasan.

Seiring dengan ancaman keganasan global semakin berleluasa, Singapura telah menjalankan rangkaian tindakan antikeganasan pada beberapa tahun kebelakangan ini. Kini, Singapura telah menubuhkan pasukan antikeganasan khas, dan memasang banyak kamera pengawasan di komuniti, tempat letak kereta, dan pusat bandar untuk meningkatkan perlindungan keselamatan kawasan awam. Serentak itu, Singapura juga giat melaksanakan kerjasama antikeganasan dengan negara jiran khususnya Malaysia dan Indonesia untuk membendung benih keganasan daripada masuk ke negaranya.

Padahal, Singapura melaksanakan peruntukan paling banyak terhadap sektor pendidikan dalam bidang antikeganasan. Kerajaan republik itu tahu keupayaan kerajaan adalah terhad. Hanya dengan penglibatan semua rakyat, barulah dapat secara maksimum membanteras keganasan. Maka, dalam strategi antikeganasan singapura, konsep "Perang antikeganasan rakyat" memainkan peranan yang paling penting.

Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China