Cari:
FAST, Pencapaian Cemerlang China dalam Astronomi
2016-09-26 14:03:08 CRI Cetak

Teleskop radio terbesar di dunia yang dihasilkan oleh China memulakan operasinya pada Ahad lalu. Pencapaian yang signifikan ini mengejutkan dunia kerana bakal meningkatkan kemampuan saintis China meneliti angkasa lepas.

Teleskop Radio Apertur Sfera atau FAST yang memiliki bukaan kanta (kaliber) sehingga lima ratus meter dibina di lembah berbukit-bukau di provinsi Guizhou, barat daya China.

Dibina dengan kos sebanyak 1.2 bilion yuan (RM740 juta), teleskop itu mengatasi Balai Cerap Arecibo di Puerto Rico sebagai teleskop radio terbesar di dunia, dengan pemantul sebesar 30 padang bola sepak. Dikatakan, FAST akan membantu meneroka ruang angkasa dan mencari tanda-tanda kehidupan pintar di luar galaksi. Selain itu, teleskop gergasi tersebut akan lebih sensitif dalam membantu saintis mengesan isyarat radio lemah dari angkasa lepas hingga ke luar sistem solar. Beijing sedang dalam program untuk menjelajah angkasa lepas yang menjadi simbol kemajuan negara dan seterusnya dalam perancangan untuk menempatkan sebuah stesen angkasa lepas di orbit Bumi menjelang tahun 2020.

Presiden Program Messaging Extraterrestrial Intelligence International atau METI International, Douglas Vakoch menghargai pencapaian cemerlang China dalam menjalankan misi penerokaan angkasa lepas dalam tempoh 15 tahun lalu. Menurut beliau, FAST merupakan bukti kukuh yang menunjukkan China terus kekal sebagai pelopor dalam meneroka alam semesta.

Walaupun Beijing membina teleskop berkenaan, tetapi ia mempelawa semua saintis menggunakannya. Kesudian China untuk berkongsi FAST dengan semua saintis dari seluruh dunia disifatkan menggambarkan sikap terbuka negara ini dalam usaha memajukan perkembangan astronomi sejagat.

Douglas pula berpendapat, FAST bakal memberi jawapan kepada misteri makhluk asing hidup di luar angkasa. Menurutnya, sensitiviti luar biasa dan kecergasan tinggi teleskop buatan China berkenaan bakal mengetengahkan negara itu sebagai peneraju dalam mencari kehidupan pintar di alam semesta dalam beberapa dekad akan datang.

Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China