Cari:
Tujuh Maut Serangan Bom di Baghdad
2016-09-26 13:19:17 CRI Cetak

Sekurang-kurangnya tujuh maut, manakala 28 lagi cedera dalam serangan bom berani mati yang berlaku di kawasan yang dihuni majoriti puak Syiah di Baghdad, ibu negara Iraq semalam.

Menurut laporan CNN, ketika puak Syiah mengadakan perhimpunan di kawasan tersebut pada sebelah pagi semalam, seorang pengebom berani mati telah bertindak dengan meletupkan diri.

Pada hari yang sama, kumpulan militan Negara Islam (IS), melalui badan media yang dikawalnya, telah mengumumkan bertanggungjawab ke atas serangan itu.

Menurut IS, letupan itu menyasarkan anggota Organisasi Badr yang merupakan kumpulan militan Syiah Iraq terkuat kerana organisasi itu mempunyai hubungan yang rapat dengan Iran dan telah mengambil bahagian dalam serangan terhadap IS.

Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China