Cari:
China: Kekalkan Penyelesaian Isu Syria Melalui Saluran Politik
2016-09-26 13:22:35 CRI Cetak

Wakil Tetap China ke Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB), Liu Jieyi berkata, situasi Syria yang kian rumit memerlukan penyelesaian melalui saluran politik, antaranya termasuklah mengekalkan kedudukan PBB sebagai saluran utama.

Dalam mesyuarat tergempar Majlis Keselamatan PBB (UNSC) mengenai isu Syria semalam, Liu Jieyi berkata, konflik di beberapa kawasan di Syria semakin meruncing dalam masa terdekat ini hingga mengakibatkan ramai orang awam maut dan cedera, bahkan konvoi bantuan kemanusian PBB juga turut terkena serangan.

China berasa kecewa dengan kejadian itu dan berharap agar pihak-pihak terbabit dapat meningkatkan sinergi bagi mengelakkan kejadian seumpama itu daripada berulang.

Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China