Cari:
China, Kanada Intesifkan Kerjasama Bilateral Pelbagai Bidang
2016-09-27 11:45:01 Agensi Berita Xinhua China Cetak
Jurucakap Kementerian Luar China, Geng Shuang ketika memaklumkan hasil lawatan Perdana Menteri China, Li Keqiang ke Kanada dalam sidang media semalam di Beijing menyatakan bahawa lawatan Perdana Menteri Li ke Kanada yang diadakan pada 21 hingga 24 September lalu menunjukkan bahawa mekanisma dialog tahunan Perdana Menteri China dan Kanada telah dilaksanakan secara rasmi.

Kedua-dua negara telah mencapai beberapa konsensus penting bagi mengintensifkan kerjasama bilateral dalam pelbagai bidang. Hal tersebut memberikan dimensi baharu bagi "sedekad keemasan" China dan Kanada. Kedua-dua pihak sebulat suara bersetuju untuk menangani dan menyelesaikan isu-isu dan perselisihan pendapat dengan sebaik-baik mungkin.

Geng Shuang memaklumkan bahawa menteri-menteri luar China dan Kanada telah menandatangani perjanjian untuk menyerahkan kembali aset-aset yang diperoleh secara haram pada 22 September lalu.

Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China