Cari:
Perbahasan Umum UNGA ke-71 Berakhir
2016-09-27 14:48:17 CRI Cetak

Perbahasan umum Perhimpunan Agung Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNGA) ke-71 berakhir di New York, ibu pejabat PBB semalam. Dalam tempoh sesi perbahasan itu, wakil pelbagai negara telah menyatakan pandangan masing-masing mengenai isu-isu global dan isu-isu lain yang menjadi tumpuan bersama.

Sebelum perbahasan umum itu berakhir, Timbalan Setiausaha Agung PBB, Jan Eliasson, ketika berucap bagi mewakili Setiausaha Agung PBB, Ban Ki-moon, menyatakan bahawa perbahasan umum diibaratkan "termometer" global bagi membolehkan PBB mengukur "kehangatan" situasi semasa dunia. Perbahasan itu turut membina asas baharu bagi merealisasikan matlamat Agenda Pembangunan Mampan 2030. Selain itu, deklarasi politik mengenai isu pelarian dan migran telah menyediakan rangka kerja baharu bagi menyelesaikan masalah berkenaan. Beliau menegaskan lagi penyelesaian politik merupakan satu-satunya jalan keluar bagi konflik Syria.

Timbalan Presiden UNGA ke-71 yang juga Wakil Tetap Nepal ke PBB, Bhattarai telah menyampaikan kenyataan Pengerusi Peter Thomsen dalam sesi penutupan perbahasan umum itu. Kenyataan itu menyeru pelbagai pihak supaya segera meratifikasi Perjanjian Paris bagi memastikan perjanjian tersebut dapat dikuatkuasakan secepat mungkin.

 

Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China