Cari:
Lebih 30 Negara Tandatangani Perjanjian Kerjasama B&R
2016-09-27 15:08:01 CRI Cetak

Seminar antarabangsa mengenai pembinaan inisiatif Jalur dan Laluan (B&R) yang dianjurkan Pejabat Penerangan Dewan Negara China telah dirasmikan di Xi'an, provinsi Shaanxi China semalam. Pengerusi Jabatan Publisiti Jawatankuasa Pusat Parti Komunis China, Liu Qibao telah menghadiri majlis perasmian dan menyampaikan ucapan yang bertajuk "Menggalakkan persefahaman bagi mewujudkan kerjasama dan situasi menang-menang".

Naib Pengerusi Suruhanjaya Pembangunan dan Pembaharuan Negara China, He Lifeng menyatakan bahawa sejak pembinaan inisiatif B&R mula dilaksanakan kira-kira tiga tahun yang lalu, sudah terdapat lebih 30 buah negara yang menandatangani perjanjian dengan China untuk bersama-sama menjayakan usaha itu.

Tambah He Lifeng, China dan negara-negara berkenaan telah melaksanakan pelbagai projek kerjasama yang melibatkan sektor kesalinghubungan, kapasiti pengeluaran dan kewangan. Melalui kerjasama itu, China dan negara-negara tersebut telah meningkatkan perhubungan dalam bidang penggubalan dasar, pembinaan kemudahan dan gerakan modal serta memperluas pasaran dan keterbukaan pelaburan demi kepentingan dan faedah syarikat dan juga rakyat.

Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China