Cari:
China Komited Lindungi Kepentingan OKU
2016-09-27 15:04:20 CRI Cetak

Sidang Kerja Hal Ehwal Orang Kurang Upaya (OKU) China ke-5 diadakan semalam. Menurut sidang tersebut, China akan menyempurnakan sistem jaminan hak dan kepentingan serta perkhidmatan awam bagi golongan OKU.

Dalam tempoh pelaksanaan Rancangan Pembangunan Lima Tahun(FYP) ke-12, kerja bagi golongan OKU dalam bidang pendidikan, pekerjaan, pembasmian kemiskinan, kebudayaa dan sukan telah mencapai kemajuan besar. Contohnya, pihak berkuasa telah mewujudkan rangka sistem bagi menyediakan kebajikan dan subsidi kepada OKU. Langkah ini memberikan faedah kepada 20 juta orang OKU yang hidup susah. Selain itu, 10 juta orang OKU yang hidup susah dilibatkan dalam sistem jaminan kehidupan asas, dan sebanyak sembilan jenis rawatan pemulihan OKU dimasukkan dalam insurans perubatan asas.

Ketua Eksekutif Persekutuan OKU China (CDPF), Lu Yong berkata, "Dalam tempoh pelaksanaan FYP ke-12, China telah menyediakan perkhidmatan pemulihan asas kepda 13.5 juta orang OKU. Kadar persekolahan kanak-kanak OKU semakin tinggi. Pendidikan sekolah menengah atas dan pendidikan vokasional bagi OKU kian berkembang. Lebih 45 ribu orang OKU mengikuti pengajian di menara gading. Kemudahan tanpa halangan bagi OKU di tempat awam seperti kereta api, penerbangan awam dan bank semakin maju."

Tambah Lu Yong, sasaran pembangunan bagi golongan OKU dalam tempoh pelaksanaan FYP ke-13 ialah menyempurnakan sistem jaminan hak dan kepentingan OKU, menyempurnakan perkhidmatan awam bagi OKU, mengemas kini urusan golongan OKU mengikut keadaan terkini dalam pembangunan sosioekonomi, dan meningkatkan secara besar-besaran taraf jaminan sosial dan perkhidmatan awam asas bagi OKU. Beliau berkata, "Masyarakat perlu membina iklim yang lebih memahami, menghormati, memperhatikan dan membantu OKU, serta memperkasakan kebajikan dari segi kehidupan, perubatan, pendidikan dan kediaman kepada OKU agar golongan itu boleh berkongsi hasil pembangunan masyarakat kaya dengan seluruh rakyat."

Sidang kali ini komited untuk membasmi kemiskinan golongan OKU. Ahli Dewan Negara, Wang Yong berkata, "Kerajaan akan menggalakkan dan membantu OKU mengatasi kemiskinan berdasarkan kemampuan sendiri dengan melalui pelbagai kaedah, misalnya membantu mencari kerja atau memulakan kerjaya yang istimewa. Selain itu, bagi OKU yang kehilangan kemampuan kerja, kerajaan akan meningkatkan jaminan sosial mereka bagi mengelakkan golongan itu daripada hidup dalam cengkaman kemiskinan."

Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China