Cari:
NAM Bukan Medan untuk Bincang Isu Laut China Selatan
2016-09-28 14:17:24 CRI Cetak

Jurucakap Kementerian Luar China, Geng Shuang menyatakan bahawa Pergerakan Negara-Negara Berkecuali (NAM) bukan medan untuk membincangkan isu Laut China Selatan.

Dalam sidang media semalam, ada wartawan yang bertanya tentang beberapa negara menuntut agar isu Laut China Selatan dimasukkan dalam dokumen Sidang Kemuncak NAM ke-17 yang baru berakhir. Sehubungan dengan itu, Geng Shuang berkara, cubaan negara-negara tersebut tidak mendapat sokongan majoriti negara anggota NAM kerana isu tersebut tidak menggambarkan persepakatan pihak-pihak terlibat termasuk China.

Geng Shuang berkata, dengan usaha bersama China dan negara-negara ASEAN, situasi Laut China Selatan sedang bergerak ke arah positif. China berharap agar negara berkenaan benar-benar menghormati pendirian China dan persepakatan yang telah dicapai oleh China dan ASEAN, mengambil pendirian yang objektif dan saksama, memberikan sumbangan yang konstruktif kepada perkembangan hubungan China-ASEAN yang sihat dan stabil serta penyelesaian isu Laut China Selatan.

Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China