Cari:
Pencemaran Udara di Dunia Semakin Serius
2016-09-28 15:46:15 CRI Cetak

Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) semalam mengumumkan laporan tentang situasi pencemaran udara sejagat serta pengaruhnya terhadap kesihatan manusia. Menurut laporan itu, 92 peratus penduduk di dunia tinggal di kawasan yang dilanda pencemaran udara. Lebih tiga juta orang maut disebabkan unsur yang berkaitan dengan pencemaran udara setiap tahun. Pencemaran udara telah menjadi risiko terbesar yang menjejaskan kesihatan manusia.

Data dari tiga ribu pusat penyeliaan di 103 buah negara yang terkandung dalam laporan tersebut menunjukkan bahawa indeks pencemaran udara sejagat meningkat dengan "kepesatan yang mengejutkan". Pengarah Jabatan Kesihatan Awam, Persekitaran dan Kesihatan Sosial WHO, Maria Neira berkata, "Pencemaran udara menjadi risiko terbesar bagi kesihatan manusia dan salah satu cabaran yang paling penting bagi kesihatan awam. Menurut laporan itu, 90 peratus manusia tinggal di kawasan yang udaranya tercemar sehingga kesihatan mereka sedang terjejas."

Menurut standard yang ditetapkan oleh WHO, kapasiti PM 2.5 dalam semeter padu tidak boleh melebihi 10 microgram setiap tahun. Pada masa ini, hanya sebahagian kecil negara seperti Australia, Kanada, New Zealand dan Switzerland mampu mematuhi standard itu. Sebaliknya, Arab Saudi, Qatar, Mesir dan Bangladesh dilanda pencemaran udara yang paling serius. Sementera itu, kapasiti PM 2.5 di China mencatat 54 microgram semeter padu setiap tahun, iaitu menduduki taraf sederhana.

Pencemaran udara menjadi punca yang penting bagi penyakit saluran darah, kanser paru-paru dan strok. Penyelaras Jabatan Kesihatan Awam, Persekitaran dan Kesihatan Sosial WHO, Carlos Dora berkata, "Penyakit-penyakit tersebut disebabkan terdedah kepada pencemaran udara dalam tempoh masa yang panjang. Membaiki mutu udara dipercayai dapat menurunkan kadar kematian manusia."

Menurut WHO, punca pencemaran udara termasuk cara pengangkutan yang berefisienan rendah, bahan bakar untuk kegunaan isi rumah, pembakaran sampah sarap, janakuasa elektrik yang menggunakan arang batu serta pengeluaran perindustrian. Selain itu, bencana alam seperti ribut pasir juga mengakibatkan pencemaran udara.

Carlos Dora memuji usaha China untuk mengawal pencemaran udara. Beliau berkata, "Negara-negara yang dilanda pencemaran serius termasuk China telah mengambil langkah yang ketat untuk meningkatkan mutu udara. Negara-negara tersebut bukan hanya memberikan perhatian tentang pertumbuhan ekonomi, tetapi juga persekitaran."

Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China