Cari:
DiCaprio Jual Rumah di Malibu
2016-09-29 13:52:40 CRI Cetak

Bintang Hollywood, Leonardo DiCaprio, 41, baru-baru ini membuat keputusan untuk menjual rumahnya di tepi pantai Malibu dengan harga mencecah RM45 juta.

Kediaman yang dibina pada 1950 itu dilengkapi tiga bilik tidur dan dua bilik air, dan dikatakan pernah digunakan oleh ibu pelakon terbabit ketika beliau menghadiri majlis Anugerah Academy bersama-sama DiCaprio, 28 Februari lalu.

Kediaman yang terletak di kawasan yang dikenali sebagai pantai golongan jutawan itu dibeli oleh DiCaprio pada 1998 selepas kejayaan filem lakonannya, Titanic, dengan harga RM6.62 juta.

Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China