Cari:
Delegasi Kerajaan China Hadiri Perhimpunan Agung ICAO ke-39
2016-09-29 11:34:17 Agensi Berita Xinhua China Cetak

Perhimpunan Agung Organisasi Penerbangan Awam Antarabangsa (ICAO) ke-39 telah diadakan di ibu pejabat ICAO di bandar Montreal, Kanada pada 27 September lalu.

Ketua Pengarah Pentadbiran Penerbangan Awam China, Feng Zhenglin sebagai ketua delegasi kerajaan China ketika menyampaikan ucapan dalam majlis perasmian perhimpunan agung kali ini berkata, selaku anggota dalam keluarga penerbangan awam antarabangsa, penerbangan awam China akan mengintensifkan kerjasama antarabangsa dalam sektor keselamatan penerbangan, pengangkutan udara dan Pengurusan Trafik Udara (ATM).

Tambah beliau, China akan bekerjasama dengan ICAO dan negara-negara anggota ICAO untuk mewujudkan penerbangan awam yang lebih selamat, efisien, hijau, terbuka dan harmoni pada masa depan.

Pada hari yang sama, Feng Zhenglin juga mengadakan pertemuan dua hala dengan pengerusi dan setiausaha ICAO, serta delegasi dari Kesatuan Eropah (EU), Kanada, Malaysia, Cuba dan Singapura.

Perhimpunan Agung ICAO ke-39 yang akan berlangsung hingga 7 Oktober ini turut diserikan dengan kehadiran lebih 2,000 wakil dari 167 negara dan 34 pertubuhan antarabangsa.

Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China