Cari:
Leung Chun-ying: Hong Kong Mampu Penuhi Keperluan Perkhidmatan Kewangan B&R
2016-09-29 14:26:47 CRI Cetak

Ketua Eksekutif Wilayah Pentabiran Khas Hong Kong, Leung Chun-ying menyatakan bahawa sebagai pusat kewangan antarabangsa, Hong Kong mampu memenuhi keperluan perkhidmatan kewangan dalam pembinaan inisiatif "Jalur dan Laluan" (B&R).

Beliau berharap agar penggiat industri perkhidmatan kewangan Hong Kong akan merebut peluang yang dibawa oleh pembangunan negara dan mencipta masa depan yang lebih cerah untuk Hong Kong dan negara.

Ketika menghadiri majlis sambutan ulang tahun ke-67 penubuhan Republik Rakyat China (RRC) yang dianjurkan oleh penggiat industri perkhidmatan kewangan Hong Kong semalam, Leung Chun-ying dalam ucapannya berkata, kemampanan ekonomi negara amat penting bagi pertumbuhan ekonomi dan perkhidmatan kewangan Hong Kong. Hong Kong menikmati keuntungan daripada kemajuan seluruh negara, walaupun ditadbir dengan sistem yang berbeza. Hong Kong boleh dijadikan medan ujian bagi kawasan pedalaman China dan juga menjadi rakan kongsi syarikat asing untuk memasuki pasaran China.

Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China