Presiden China, Xi Jinping telah mengutus kawat takziah kepada rakan sejawatnya dari Israel, Reuven Rivlin bagi menzahirkan rasa dukacita atas pemergian mantan Presiden Israel, Shimon Peres semalam.
Presiden Xi yang mewakili kerajaan dan rakyat China serta diri beliau sendiri mengucapkan takziah dan menyatakan simpati kepada keluarga Shimon Peres dan rakyat Israel. Dalam kawat takziah, Presiden Xi menyatakan bahawa Shimon Peres adalah ahli politik Israel yang sangat berpengalaman dan sentiasa komited untuk menyelesaikan isu Asia Barat melalui saluran politik. Selain itu, beliau adalah pengasas dan penggerak proses damai Asia Barat yang amat dihormati oleh rakyat Israel dan masyarakat antarabangsa. Beliau juga pernah beberapa kali mengadakan lawatan ke China dan memberikan sumbangan yang penting kepada perkembangan hubungan China-Israel.
Presiden Xi menegaskan bahawa China amat mementingkan hubungan China-Israel dan bersedia untuk bersama-sama dengan Israel bagi menggalakkan perkembangan bilateral dengan stabil.
Pada hari yang sama, Perdana Menteri China, Li Keqiang turut mengutus kawat takziah kepada rakan sejawatnya dari Israel, Benjamin Netanyahu.