Cari:
Hasil Siasatan Nahas MH17 Diumumkan
2016-09-29 15:30:54 CRI Cetak

Pasukan Siasatan Bersama (JIT) mengumumkan bahawa pesawat Malaysia Airlines (MAS) MH17 ditembak jatuh oleh peluru berpandu darat ke udara BUK yang dilancarkan di kawasan kampung yang dikuasai pemberontak pro-Rusia di timur Ukraine.

Sehubungan dengan itu, Kementerian Luar Rusia mengeluarkan kenyataan sebagai berkata, hasil siasatan itu menggambarkan sikap prejudis kumpulan penyiasat antarabangsa itu terhadap Rusia.

Menurut hasil siasatan, sistem peluru berpandu BUK buatan Rusia, yang melepaskan satu tembakan peluru berpandu dari kampung Pervomaysk yang dikuasai pemberontak pro-Rusia, dihantar ke Rusia semula selepas pesawat MH17 ditembak jatuh.

JIT juga berhasrat untuk meneruskan tempoh siasatan sehingga Januari 2018, sekali gus membolehkan usaha pembelaan terus dilakukan.

Jurucakap Kementerian Luar Rusia, Maria Zakharova semalam berkata, kemasukan Ukraine sebagai anggota pasukan siasatan itu membolehkan Ukraine memalsukan bukti dan mencipta persekitaran yang berpihak kepada mereka. Selain itu, pasukan itu juga menolak permohonan Rusia untuk menyertai operasi siasatan.

Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China