Cari:
Kerjasama Laos-China Semakin Kukuh
2016-09-29 13:02:27 CRI Cetak

Tahun ini merupakan ulang tahun ke-55 terjalinnya hubungan diplomatik China-Laos. Datuk Bandar Vientiane yang juga Pengerusi Persatuan Persahabatan Laos-China, Sinlavong Khouthphaythoune ketika diwawancara wartawan CRI baru-baru ini menyanjung tinggi hubungan antara kedua-dua negara. Menurutnya, inisiatif Jalur dan Laluan (B&R) yang dikemukakan oleh China amat sesuai dengan strategi Laos. Inisiatif itu akan menjadi penggerak bagi pembangunan Laos dan serantau. Selain itu, kerajasama pragmatik memberikan manfaat kepada rakyat kedua-dua negara. Beliau berkata, "Hubungan persahabatan dan kerjasama antara Laos dengan China terus diperkasakan dalam tempoh beberapa dekad lalu. Kerjasama tersebut melibatkan pelbagai bidang dan kebanyakan kawasan di Laos. Vientiane telah menjalin hubungan bandar persahabatan dengan beberapa bandar di China yang merupakan salah satu negara yang memberikan bantuan paling banyak kepada Laos. Projek satelit dan landasan kereta api China-Laos yang disediakan pinjaman mudah oleh China menjadi teladan bagi kerjasama antara kedua-dua negara."

Tambah beliau, "Laos terletak di tengah Semenanjung Indo-China dan mempunyai lokasi yang strategik bagi pengangkutan di Asia Tenggara. Inisitif B&R dijangka akan memperkasakan integrasi ekonomi Asia. Landasan kereta api dari provinsi Yunnan, China ke Vientiane serta landasan kereta api China-Laos-Thailand yang bakal dibina akan menjadi laluan utama bagi menyambungkan China dengan pelbagai negara di Asia Tenggara."

Sebagai negara pengerusi ASEAN pada tahun ini, Laos komited memperkasakan hubungan China-ASEAN. Kerjasama antara kedua-dua pihak telah mencapai banyak hasil. Beliau berkata, "Laos menyeru negara anggota ASEAN menyertai pembinaan inisiatif B&R, mendorong penyelesaian pertikaian tentang wilayah melalui rundingan. Pelbagai dokumen penting yang diluluskan dalam sidang kemuncak ASEAN di Vientiane tidak lama dahulu meletakkan asas yang baik bagi kerjasama antara ASEAN dengan China."

Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China