Cari:
Negara Membangun Perlu Wujudkan Matlamat Pertumbuhan Ekonomi 2016 dan 2017
2016-09-30 13:50:05 CRI Cetak

Menurut Laporan Pembangunan Asia 2016 yang dikeluarkan Bank Pembangunan Asia (ADB) baru-baru ini, disebabkan China dan India berkemampuan untuk menyesuaikan diri dengan pembangunan semasa, ekonomi negara membangun di Asia dijangka mampu mengekalkan pertumbuhan mampan walaupun menghadapi tekanan dari luar, sekali gus dapat merealisasikan matlamat pertumbuhan ekonomi 2016 dan 2017.

Menurut laporan itu, dengan dipacu pertumbuhan ekonomi India, Asia Selatan mampu mengekalkan pertumbuhan pesat, dan unjuran Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) di Asia Selatah pada tahun 2016 dan 2017 mencatat 6.9 peratus dan 7.3 peratus, menepati ramalan pada bulan Mac lalu.

Dengan sokongan padu permintaan domestik, pertumbuhan ekonomi India pada tahun 2016 dijangka kekal pada 7.4 peratus. Pembaharuan sistem percukaian dan penstrukturan semula kunci kira-kira bank akan mendorong ekonomi India mencapai 7.8 peratus pada tahun 2017.

ADB menjangkakan pertumbuhan ekonomi Asia Tenggara pada tahun 2016 akan mencatat 4.5 peratus berikutan sokongan pelaburan kerajaan terhadap infrastruktur. Khususnya prestasi Filipina dan Thailand akan semakin baik.

Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China