Presiden China, Xi Jinping dan rakan sejawatnya dari Belarus, Alexandr Lukashenko mengadakan rundingan di Dewan Besar Rakyat Beijing semalam.
Kedua-dua pemimpin sebulat suara bersetuju untuk mewujudkan rasa saling mempercayai, kerjasama dan situasi menang-menang dalam perkongsian strategik komprehensif, mengeratkan persahabatan dan berkongsi kepentingan.
Xi Jinping menegaskan bahawa China dan Belarus akan mempercepat pembinaan inisiatif "Jalur dan Laluan" (B&R) dan menggalakkan penggabungan B&R dengan inisiatif Kesatuan Ekonomi Eurasia. China bersedia untuk mengintensifkan kerjasama dengan Belarus dalam rangka kerja pelbagai hala termasuk Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (PBB), Pertubuhan Kerjasama Shanghai dan Persidangan mengenai Interaksi dan Langkah Membina Keyakinan di Asia (CICA).
Dalam pertemuan itu, kedua-dua pemimpin telah menandatangani kenyataan bersama untuk membentuk perkongsian strategik komprehensif China-Belarus dan menyaksikan penandatanganan dokumen kerjasama dua hala dalam pelbagai bidang.