Cari:
Lokasi THAAD Diganti, Bantahan Tetap Hebat
2016-09-30 15:14:39 CRI Cetak

Kementerian Pertahanan Korea Selatan baru-baru ini mengumumkan untuk menggantikan lokasi penempatan sistem Pertahanan Kawasan Terminal Altitud Tinggi (THAAD). Penganalisis berpendapat, langkah ini tidak akan membantu menyelesaikan masalah berkenaan. Percanggahan pendapat tentang THAAD di Korea Selatan akan berterusan.

Kementerian Pertahanan Korea Selatan mengumumkan pada 13 Julai yang lalu untuk memutuskan lokasi penempatan THAAD di Gyeongbuk Seongju. Keputusan itu telah menimbulkan tentangan yang tegas penduduk tempatan. Ketua Seongju mengetuai penduduknya menunjukkan bantahan melalui pelbagai cara seperti memotong rambut dan perhimpunan menyalakan lilin. Beberapa persatuan kalangan rakyat mengadakan tunjuk perasaan untuk membantah keputusan pihak berkuasa. Menurut mereka, langkah kerajaan tersebut akan mengakibatkan perang nuklear dan perlumbaan senjata, sekali gus mengancam kedamaian dan keselamatan Korea Selatan serta menjejaskan kehidupan penduduk di Seongju.

Lebih setengah ahli parlimen dari Parti Demokratik Umum, parti pembangkang yang terbesar di Korea Selatan menentang rancangan penempatan THAAD di negaranya. Media Korea Selatan pula mengkritik kerajaan memberikan keputusan sebelum berkomunikasi dengan kerajaan dan penduduk di Seongju. Kadar sokongan kepada Presiden, Park Geunhye di kawasan-kawasan berkenaan terus menjunam.

Penggantian lokasi penempatan THAAD merupakan langkah kerajaan secara fleksibel menghadapi percanggahan pendapat rakyat. Tetapi penganalisis berpendapat, langkah tersebut tidak akan memudahkan rancangan penempatan THAAD.

Lokasi baharu penempatan THAAD ialah sebuah padang golf swasta. Pihak berkuasa perlu berbelanja kira-kira USD 91 juta (RM377 juta) untuk membeli tanah berkenaan. Sama ada kerajaan dan Kumpulan Lotte, pemilik padang golf itu boleh mencapai perjanjian pembelian dengan secepat mungkin belum tentu lagi. Tambahan pula, pembelian itu masih perlu diluluskan oleh parlimen.

Dengan demikian, rancangan Korea Selatan dan Amerika Syarikat untuk menempatkan THAAD menjelang akhir tahun hadapan dilihat akan menghadapi cabaran yang besar.

Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China