Cari:
Bank Rakyat China Perluaskan Pembaharuan Kewangan
2016-10-01 14:35:50 CRI Cetak

Bank Rakyat China hari ini memaklumkan bahawa pihaknya akan mengambil peluang RMB menyertai kelompok mata wang Hak Pengeluaran Khas (SDR) untuk terus memperincikan pembaharuan dan memperluaskan keterbukaan kewangan supaya memberi sumbangan positif bagi mendorong pertumbuhan ekonomi global, memelihara kestabilan kewangan dunia dan menyempurnakan tadbir urus ekonomi global.

Pegawai dari Bank Rakyat China menyatakan bahawa pihaknya mengalu-alukan RMB dimasukkan dalam kelompok mata wang Hak Pengeluaran Khas (SDR) Tabung Kewangan Antarabangsa (IMF) secara rasmi. Tindakan ini merupakan batu tanda sejarah dalam proses mengantarabangsakan RMB dan bermanfaat bagi meningkatkan kestabilan dan daya tarikan SDR , di samping menggalakkan pembaharuan sistem mata wang antarabangsa.

Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China