Cari:
China Kekalkan Dasar Luar yang Damai dan Bebas
2016-10-01 15:28:37 CRI Cetak

Perdana Menteri China, Li Keqiang telah ditemui diplomat baharu dari 35 buah negara di China menjelang Ulang Tahun ke-67 Penubuhan Republik Rakyat China di Beijing semalam.

Li Keqiang dalam pertemuan itu berkata, China berpegang kepada dasar luar yang damai dan bebas, mengekalkan jalan pembangunan secara damai dan bersedia bersama-sama dengan pelbagai negara lain meningkatkan kesalingpercayaan, memperkasakan kerjasama pragmatik dan mewujudkan situasi saling menguntungkan dan menang-menang berdasarkan prinsip saling menghormati dan sama rata. Selain itu, China juga bersedia terus mengukuhkan hubungan rakan perkembangan di arena antarabangsa untuk menghadapi pelbagai cabaran, mewujudkan ekonomi global yang lebih kukuh, lestari, seimbang dan inklusif.

Li Keqiang berharap diplomat pelbagai negara di China memainkan kelebihan masing-masing untuk membina jambatan persahabatan dan kerjasama antara negara mereka dengan China. Kerajaan China pula akan menyediakan pelbagai bantuan yang diperlukan dalam tempoh perkhidmatan mereka di China.

Diplomat pelbagai negara pula menyampaikan tahniah kepada China bersempena Hari Kebangsaan ke-67. Menurut mereka, China telah memainkan peranan penting dalam memelihara keamanan dunia dan memacu pembangunan bersama. Mereka bersedia terus berusaha bersungguh-sungguh untuk mengekalkan hubungan dengan China, mengintensifkan kerjasama demi kepentingan rakyat negara masing-masing.

Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China