Cari:
Majlis Keraian Hari Kebangsaan China Ke-67 Di Beijing
2016-10-01 16:06:53 CRI Cetak

Majlis keraian Hari Kebangsaan China ke-67 diadakan di Dewan Besar Rakyat di Beijing malam semalam. Pemimpin parti dan negara China termasuk Xi Jinping, Li Keqiang, Zhang Dejiang, Yu Zhengsheng, Liu Yunshan, Wang Qishan dan Zhang Gaoli serta lebih 1,200 orang tokoh terkemuka dalam dan luar negeri telah berkumpul untuk menyambut Hari Kebangsaan China.

Li Keqiang dalam ucapannya berkata bahawa tahun ini merupakan tahun pertama pelaksanaan Rancangan Pembangunan Sosioekonomi China bagi Tempoh Lima Tahun Ke-13. Walaupun menghadapi pelbagai risiko dan cabaran, kerajaan telah secara berkesan melaksankan kawalan makro, mengekalkan dasar pembaharuan dan pintu terbuka serta mewujudkan pengelolaan ekonomi yang stabil dan struktur ekonomi yang semakin dioptimumkan. Sementara itu, China berjaya menganjurkan Sidang Kemuncak Pemimpin Kumpulan 20 Negara (G20) di Hongzhou dan mencapai konsensus pembangunan ekonomi global yang "inovatif, dinamik, saling berhubung dan inklusif".

Li menegaskan bahawa China akan terus meningkatkan pembaharuan secara menyeluruh, menggalakkan pembinaan inisiatif "Jalur dan Laluan" (B&R) dan kerjasama kapasiti pengeluaran antarabangsa.

Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China