Pengerusi Suruhanjaya Eropah, Jean-Claude Juncker dalam kenyataan yang dikeluarkan menyataka bahawa pihaknya mengalu-alukan negara anggota EU memutuskan untuk meratifikasi perjanjian perubahan iklim yang pertama dalam sejarah.
Palimen Eropah dijadualkan mengadakan pengundian terhadap Perjanjian Paris pada minggu depan. Jika diluluskan melalui undi, Majlis Eropah akan meratifikasi perjanjian itu secara rasmi.
Difahamkan, EU meratifikasi Perjanjian Paris itu adalah untuk membuat persediaan bagi Konvensyen Rangka Perubahan Iklim Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) yang dijadulkan diadakan di Marrakech, Morocco pada bulan November depan.