Setiausaha Agung PBB, Ban Ki-moon semalam menerusi jurucakapnya mengeluarkan kenyataan yang menggesa pelbagai pihak mempercepat prosedur pengesahan dalam negeri masing-masing supaya Perjanjian Paris dapat dikuatkuasakan menjelang penghujung tahun ini.
Menurut kenyataan tersebut, memandangkan India dan 61 buah negara yang telah meratifikasi perjanjian tersebut, jumlah pelepasan gas rumah hijau dari negara yang menyertai perjanjian ini secara rasmi telah mencatat hampir 52% daripada jumlah pelepasan gas rumah hijau global. Kadar ini semakin mendekati 55% yang diperlukan bagi Perjanjian Paris dikuatkuasakan.
Perjanjian Paris dicapai oleh hampir 200 pihak pemeterai dalam Konvensyen Rangka Kerja Pertubuhan Bangsa Bersatu (PBB) mengenai Perubahan Iklim(UNFFCC)yang diadakan Paris pada Disember lalu.