Cari:
Britain Mulakan Proses Brexit Sebelum Mac 2017
2016-10-03 14:30:36 CRI Cetak

Britain akan meninggalkan Kesatuan Eropah (EU) sekitar musim panas 2019, selepas Perdana Menteri negara itu, Theresa May mengisytiharkan bahawa beliau akan memulakan proses rasmi untuk Brexit atau Britain Exit sebelum Mac tahun depan. Buat kali pertama menawarkan jadual waktu yang jelas dan tindakan yang terperinci bagi pelan Brexit sejak keputusan referendum untuk Britain keluar dari EU dimuktamadkan Jun lalu, May telah mendiamkan spekulasi beberapa minggu berhubung tarikh tindakan berkenaan dengan membuat pengumuman tersebut pada majlis perasmian persidangan tahunan Parti Konservatif di Birmingham pada Ahad lalu.

PM itu memberi bayangan bahawa untuk memulakan tindakan Brexit, beliau merancang menggerakkan Pasal ke-50 Perjanjian Lisbon EU menjelang hujung Mac 2017, yang akan memberi Britain tempoh dua tahun untuk keluar dari EU. Di bawah pelan itu, Brexit akan lengkap pada 2019, 46 tahun selepas negara itu menyertai EU.

May yang mengesahkan rancangannya dalam persidangan itu menegaskan bahawa beliau akan memperkenal satu Rang Undang-Undang tahun depan untuk menukar semua undang-undang EU ke dalam undang-undang Britain pada hari Brexit selesai. Ini bermaksud, United Kingdom akan menjadi sebuah negara bebas dan berdaulat, dan seterusnya membuat undang-undangnya sendiri. Menurut beliau, sama ada mahu menerima atau pun menolak, keputusan referendum Brexit sudah menentukan hala tuju dan masa depan UK, yakni nasib negara itu berada di dalam rakyatnya sendiri.

Berkenaan dengan berulangnya pungutan suara terhadap kemerdekaan Scotland susulan tindakan Brexit, May menekankan bahawa UK akan kekal sebagai sebuah kuasa besar yang bersatu padu untuk melakukan rundingan dengan EU berhubung tindakan Brexit. PM itu enggan melihat berlakunya perpecahan di kalangan rakyat.

Ketika memperkatakan tentang era pasca-Brexit, Setiausaha Brexit, David Davis menganggap, hubungan perdagangan yang kekal mesra antara Britain dengan EU pasti akan mengundang lebih banyak manfaat kepada kedua-dua pihak. Setiausaha Luar, Boris Johnson juga berpendapat, selaku entiti ekonomi kelima terbesar di dunia, Britain akan merupakan pelopor dalam perdagangan antarabangsa.

Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China